Jaminan ParTime

Thursday, March 9

Version rajin : Bakery mood on


Saje x de motif pun sebab tibe-tibe rasa rajin baik buat entry lagi kan

Setelah jadi penganggur kembali selama 2 bulan. Tapi sambil tu sis buat rawatan gigi sekali sebab 4 bulan lepas excident sikit & gigi ade pecah sikit. 

Sedih hakak tau sebab tu lah aset bernilai sekali. Dah la aku nie jenis mulut kecik so bila gelak & senyum memang nampak gigi rabbit depan tu tau. Alhamdulillah gigi aku semua elok je but lepas excident tu terus rasa down sebab gigi depan yang kena tau. Sob3

Ditambah pulak dengan jenis orang melayu kita nie yang mulut macam longkang kan. Berdesing telinga aku dok dengar depa dok mengenakan aku & gigi ku. Mula-mula memang x de perasaan pun tapi bila dieorang dok menganjing ko boleh dikatakan tiap hari. Ape perasaan ko. Maun x sentap 

Bukan aku pinta, dah takdir Allah bagi kat aku. At lest x de lah teruk pun boleh dibuat rawatan tampal lagi. Insyallah aku tengah kumpul duit nak pasang crown kat gigi pecah tu sebab tu jalan terbaik sekali nak bagi gigi aku kekal & x rosak. Sebab die teruk juga lah sampai kena buat rawatan akar tapi nasib sebatang je, yang lagi satu tu sipi-sipi je pecah.


Oh ya sebabkan bosan duduk rumah aku ade lah buat bakery kecil-kecilan. Mostly adik aku tolong jual dekat geng-geng sekolah Kolej Vokesional die. Aku jual macam brownish & cookies. Latest  one cream puff. Alhamdulillah sambutan ok & aku masih mencuba resepi-resepi baru.

Actually bukan aku x nak kerja tapi disebabkan keadaan gigi aku nie buat aku low profile. Pernah kene reject terus sebab tengok gigi aku je. Then next iv aku cuba cover baik punya bila bercakap but kantoi jugak. Then same reason x dapat nak amik sebab gigi aku, even untuk kerja clerk je. 

Sedih x payah cakap lah. Terus aku tekad nak siapkan rawatan gigi aku supaya aku more confident hadap people yang dok suka tengok beauty outside je kan. Huh





Hakak lanje sikit gambar kek yang sempat di snap. Sebenarnya ade je banyak jenis lain tapi malas nak amik gambar gamaknya




Carrot cake version simple x de walnuts




Brownish version kurang manis



Choco Cheese Cake


hokey sekian entry hari nie. entah bila lah nak sambung lagi
Harap aku rajin nak sambung sebab banyak je cerita actually 


Jempu minum green teh latte by Boh


Resepi Kuih Keria Gula Melaka


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Bersawang betol blog nie rasanye dah lebih setahun tinggal kot. Ade je masa tapi entah malas nk menaip dok suka baca blog orang lain je.

Actually dari akhir tahun lepas lagi dok viral kuih keria antarabangsa melaka nie. Beratur kemain panjang sampai ada yang kempunan nak makan & macam-macam versi dok viral. Sebab aku kempunan tengok orang dok post tapi x dapat rasa lagi. Even melaka dokek jo kot nak poi kan

Sekali tengok Cik Epal post entry pasal resepi kuih keria antarabangsa aka kuih keria gula melaka nie. Berdesup terus baca cara-cara dia (nampak x excited die macam mana). Haha

Versi Cik Epal nie senang je hokey. Aku pun ade gak tokok tambah sendiri resepi nie. Macam  cik epal guna keledek putih, aku pulak pakai keledek oren sebab die manis sikit.
Aku memang suka modify resepi bak kata mak aku. Bile x jadi ha padan muka ko kan hamek. Menyesal x sudah.. Haha

Dah la membebel panjang nanti x habis pulak
Kalau nak tengok version Kuih Keria Cik Epal lagi details la dengan gambar-gambar step by step tau. Aku pemalas sikit


Bahan-bahan Kuih Keria :

500 gm keledek (ikot suka nak pakai putih or oren)
3/4 cawan tepung gandum


Bahan-bahan Sira :

150 gm gula melaka (hiris halus / potong dadu comel)
1 sudu besar gula putih
1/4 cawan air masak
Sedikit garam (kalau x letak pun boleh)



Cara-cara memasak :

1. Kupas kulit & potong dadu keledek tadi. Cuci & terus rebus keledek tu sampai empuk
2. Sementara tunggu keledek empuk, boleh kita hiris halus gula melaka tu. Tapi aku tumbung pakai lesung batu je sebab leceh mak nak tunggu
3. Toskan keledek lepas dah empuk. Then leyetkan masa panas-panas tu senang lumat terus
4. Biarkan sekejap keledek lumat tadi tu, kemudian masukkan tepung gandum & uli doh
    - sebab aku guna keledek oren adunan jadi lembik so terpaksa lah tambah tepung lagi & adjust             sampai doh ok
5. Gentel-gentel doh tu jadi macam bentuk keria lah kan, kot nak buat cek mek molek pon boleh. suka hati ko lah dik non
6. Then siap boleh terus goreng or nak simpan buat bekal bila masak nak masak kiuh pun boleh macam aku kan
7. Goreng sampai kuih tenggam dengan miyak & masaukan kuih bila minyak betol-betol panas tau.
    Toskan minyak kuih digoreng tadi
8. Panaskan kuali lain & terus campak je semua bahan-bahan menyira tadi. Kacau bahan sampai larut & jangan biarkan sebab nanti hangus pulak gula ko. Oh api pun serdahana je tau
9. Then masukan garam sikit bagi rasa macam salted caramel konon.
10. Besarkan api sedikit & terus kacau sampai jadi likat & berbuih. Terus campakan kuih keria tadi & biarkan depa semua mandi gula sama-sama. Teruskan kacau bagi menggelakan kuih hangus
11. Tutup api bila  gula dah start berkerak
12. Dah boleh hidang & aum dalam mulut



Step Gambar :
1. Keledek yang dah dilenyet & tunggu nak letak tepung je
2. Nie lah rupe doh aku lepas dah letak tepung tadi
3. Simpanan stok frozen sebab nanti senang nak goreng petang-petang






Percubaan pertama aku, yang mana aku saje guna 100% gula melaka
Tapi not recommended sebab gula ko memang x akan berkerak & kuih kau nanti 
ade rasa hagus sikit sebab dok percaya konon gula berkerak nanti. Haha 





Best buat minum petang-petang. 
Fuh nikmat betol




Pst : Best makan time panas-panas tau 


Monday, December 28

Filem Review : Bollywood Time


Assalamualaikum & Salam sejahtera

Last minit plan selalu memang jadi kan?
Yes aku setuju sebab cuma borak2 kate alang teringin nak tengok
Tup2 along ajak pi tengok cite kegilaan semua rakyat Malaysia sekarang




Kepada semua kipas susah mati hindustan, even bukan tegar macam aku pun wajib pi tengok sebab BEST sangat2. Dan ya rase berbaloi sangat daripada tengok cerita Star Wars (ops soryy sebab aku bukan fans. haha)

Sebab nak elak jem kat Sungai Besi time orang balik cuti panjang kami sanggup balik Seremban. Guest what kene mengalah tengok kat Terminal 1 je sebab kat sane je tayangkan filem hindustan x silap aku. Baru aku sedar panggung kat Malaysia nie pilih kasih. Ceh

Tapi punyalah ramai orang semua nak tengok Dilwale, kalah Start Wars dik non. Aku ghasa kalau die tayang kat GSC Palm Mall pun mesti laku kot. Sebab majoriti time tu melayu hokey bukan kaum india.. Nampak x punyerlah ramai peminat SRK & Kajol

Hokey rase berlebih pulak cite. Sorry 


Mari kita tengok Trailer dia dulu hokey 




Review :

Genre : Romantik, Komedi, Muzikal, Aksi
Arahan : Rohit Shetty (Pengarah Chennai Express)


Kisah percintaan yang terhalang sebab konflik keluarga kumpulan gangster, yang bermula daripada persaingan sesama mereka bertukar kepada episod percintaan antara Kaali@Raj (SRK) & Meera (Kajol).
Namun salah faham yang berlaku 15 tahun dahulu tidak pernah diceritakan oleh Kaali kepada adiknya Veer (Varom). Sehinggalah dia mengetahui adiknya bercinta dengan adik Meera iaitu Ishita (Kriti Sanon).
Bermulalah konflik antara 2 jiwa akibat cinta yang terhalang disebabkan masa silam antara abang & kakak mereka. Mampukah mereka kembali berbaik & mengetepikan ego mereka bagi membina semula kisah baru?


Haha korang kena tengok sendiri sebab :
1. Memang banyak lawak (serius sampai sakit mulut & keluar air mata tergelak kot)
2. Shot banyak tempat menarik & cantik2. Betol sebab bila tengok rumah Kaali time tu wow cantik siot. Camera die kualiti memang terbaik juga 
3. Aksi stun die perh memang terbaiklah. Part paling suka time slot kejar mengejar kat jalan. Mase tu memang terbaik sebab cameraman die memang jadi orang terpenting sekali untuk shot view deret kereta dia, terbaik bak hang.
4. Shah Rukh Khan & Kajol santik & hensem sangat. Jeles hakak tengok body Kajol, kalah aku kot. Lari nangis dalam selimut

5. Filem terbaik hindustan sebab dah lama fans SRk & Kajol tunggu kan
6. Filem yang moden & new style bagi industri filem bollywood. Korang kena tengok sendiri baru tahu
7. Sebab de uncle King & atok KFC & pelakon2 yang power

 



Firstly korang jangan ingat Dilwale 2015 nie kesinambungan 20 tahun lepas ok. Korang silap lah sebab die new filem cuma pelakon utama je sama.

Meh kita layan lagu die pulak



Janam Janam with lyric
(My list fav & adik-beradik)


Garua with lyric


Daayre with lyric



Manma Emotion Jaage 
(Lagu first die memang colorful & moden style)


Tukur Tukur 
(Lagu ending time filem habis)


Sebalik Tabir
Ha nie lah part kereta aku suka tu, ingatkan guna CGI rupa betul2 k




So apa tunggu lagi mari serbu ramai2 tengok DilWaLe ramai2
Siapa kuat nagis tu sila siapkan tisu kalau x tudung jadi mangsa, macam aku hari tu  :p


Hakak kasi 4 setengah bintang na




Thursday, December 10

Entry Bergambar – Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-19 yakini 2015

Assalamualaikum & Greetings to all

Tanggal 14 November lepas Alhamdulillah akhirnya berjaya menjadi antara graduan yang menaiki pentas DeTar untuk ambil scroll daripada TYT Sarawak. Toksah cakap macam mane gemuruh giler time dah dekat tangga tepi pentas, mane tau kot tersadung tiba2 pulak tak ke malu nanti den. Cewah mula2 dok kat bawah bajet steady kat budak2 nie, sekali ha nasib selamat. Fuh

Maka terhasilah gambar di pentas seperti aku pulak yang bagi scroll tu kat TYT. What? Ahaha

Betol sebab lepas pulang jubah & amik gambar siap. Akak & kawan aku boleh gelak lepas tengok gambor tu. Bak kate wani “macam TYT yang terima scroll dari akak & ei dah agak mesti tak lawa gambar sebab nampak menongenglah”.
Lor sabor jelah jemah, dik non   -___-“

Alhamdulillah fakulti kami adalah sidang pertama bersama dengan graduan prasiswazah. Menyampah tengok jubah & topi dieorg. Entah bile nak merasa macam tu.


Gambar Pre Konvo kiteorg yang biasa2 je jemah.. sebab malas & semua rushing nak balik sebab family dah ade.








My Kesayangan
Yang gelemer dengan jolokan Fakulti Suka Gelak Ketawa(FSGK)


Nampak tak siapa paling excited kat dalam nie


& lagi sekali die buat lagi


My PTAcostmate & kolejMate
Geng gelabah siapkan pta & gadoh manje





Wani awat macam lapor je tu


Of cause wajib bergambar dekat tugu Konvo nie













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...